Wednesday, January 27, 2010

Dunia ini umpama lautan yang luas..kita adalah kapal yang belayar di lautan..telah banyak kapal yang karam di dalamnya..andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa..nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini..

Saturday, January 23, 2010

Thursday, January 21, 2010

dr tunku 6 (nasyid keluarga bahagia)






Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan..

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan..






Gembira dengan dunia adalah kegembiraan kanak-kanak, gembira dengan keimanan adalah kegembiraan orang-orang abrar, berkhidmat kepada harta adalah hina, dan beramal kepada Allah adalah kemuliaan..
Memberi maaf adalah lebih lazat daripada membalas dendam, bekerja lebih nikmat daripada menganggur, qanaah lebih bernilai daripada harta, dan kesihatan lebih baik daripada kekayaan..

Monday, January 11, 2010

Alangkah indah kehidupan ini
Jika saling memahami
Kita jalinkan persahabatan
Dengan niat suci..

Alangkah murni oh jiwa nurani
Jika saling menyayangi
Tuhan tidak memandang wajahmu
Tapi di hatimu..
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..setelah berhempas pulas selama beberapa minggu akhirnya terciptalah satu blog yang amat memberi makna kepada diri saya..semoga segala coretan dan maklumat yang disertakan dapat menambah pengetahuan dan saling berkongsi pengalaman antara kita..